Wednesday, November 20, 2013

Tanda Pasangan Anda Curang

Assalamualaikum semua :)

Hari ni zahiya nak kongsi pasal CINTA jugak. Okay.

Macam mana kita nak tahu kalau BF/GF tu curang dgn kita? Motif zahiya entry ni sebab saja nak share. And of course zahiya pun boleh jadikan bnd ni as panduan to me right. So that kita boleh tahu macam mana perangai si dia yang boleh kita nampak bila dia curang.


 1. Perubahan tingkah laku/minat
  • Kita boleh perasan kalau dia dah tak mesra dengan kita macam dulu. Kalau telefon je dia tak banyak cakap pun. Kalau time dating pun tak fokus apa yg kita cakap then yg paling ketara asyik pegang phone, tengok phone. Then kita boleh tengok kalau dia tiba-tiba buat something yang dulu dia tak minat, then tiba-tiba minat pulak.    
2.  Selalu dengan telefon bimbitnya
  • Ini perkara yang paling ketara yang mungkin kita nampak. Kalau dulu nak pegang phone pun tidak sangat. Sekarang, asyik tengok phone je. Lagi2 kalau time dating dengan kita. Kalau nak pinjam phone, dia tak bagi. Kalau dulu mintak , bagi je. So hati2 ye. Mungkin ada benda yang disorokkan.
3. Menolak
  • Kita ajak dia keluar hujung minggu tapi dia menolak. Ajak tgk wayang bagi alasan taknak. Katanya tak best la. Apa la. Macam2 lagi lah. Kalau ajak pergi keluar makan pun taknak dah. 
4. Tersasul menyebut nama panggilan lain.
  • Selama ini, panggilan kamu dengan si dia ' sayang-baby'. Tapi kali ni asyik panggil kamu dengan panggilan bie. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu.
5. Membalas panggilan/ SMS acuh tak acuh
  • Ni juga menjadi masalah. Perbualan telefon menjadi satu komunikasi yang menjemukan sebab si dia lebih berdiam diri. Kalau reply mesej pun hanya dibalas sepatah perkataan je ataupun sekadar 'K'.
6. Menjawab panggilan secara berbisik
  • Entah ke berapa kali anda menelefonnya tapi hanya kali ini si dia menjawab panggilan. Malangnya suaranya sedikit cemas dan berbisik lalu memutuskan panggilan secepat mungkin. Ada hal mustahak katanya.
7. Mencari kesalahan anda.
  • Sebab nak berpisah dengan kamu, si dia berusaha untuk mencari kesalahan kamu untuk jadikan alasan supaya kamu dan si dia putus. Hinggakan perbuatan yang dahulu disenanginya kini menjadi satu kesalahan.
8. Tidak mesra semasa bertemu.
  • Walaupun kamu ada depan mata dia, tapi dia tak fokus langsung dan matanya melilau melihat perkara lain.
9. Cepat marah
  • Apabila ditanya aktiviti yang dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh kamu nak mengongkong hidup dia.
10. Tidak mengendahkan rajuk anda.
  • Perkara biasa dalam bercinta bila berlaku perselisihan faham dan merajuk. tapi akhir-akhir ini dia lebih membiarkan anda makan hati sendirian dan tidak lagi pujuk rayu.
11. Tidak menghubungi anda
  • Waktu tgh hangat bercinta, dialah yang selalu call kita semua. Sekarang ni bila nak SMS pun susah apatah lagi call. Malahan, kamu pulak yang asyik call/ SMS dia, itu pun nasib kalau dia sudi jawab panggilan tersebut. 
12. Berahsia/Menipu
  • Bila tanya dia pergi mana, pergi dengan siapa. Dia macam mengelak je dari jawab pertanyaan itu. 
13.  Naluri
  • Percayalah pada naluri anda, Hati sendiri akan mengiyakan sekiranya kekasih anda itu curang walaupun logik akal kita menafikannya. Bukankah perasaan cinta itu datang dari hati??

No comments: