Friday, May 10, 2013

Bila RINDU seseorang apa nak buat ?

Assalamualaikum . 


Malam ni nak berkongsi ilmu sedikit. Apa yang aku nak kongsikan ni mungkin ada yang dah tahu . and mungkin jugak ada yang tak tahu. Takpe la. Aku just nak share je .

Kita mesti selalu merindukan seseorang kan . terutamanya orang yang kita sayang dan cinta. Tak kira la mak ayah ke, keluarga kita ke, orang 'istimewa' ke kan. Mesti ada rasa RINDU tu kan. Aku pun hari2 mengalami perasaan macam ni. dan sekarang pun sedang mengalaminya. 

Macam mane kita nak bagitahu dekat orang yang kita sayang tu yang betapa kita rindukan dia. 

Mintalah pertolongan daripada Allah s.w.t. Bila kita sampaikan kepada-Nya. In shaa Allah , Dia sentiasa mendengar setiap rintihan umat-Nya tanpa ada rasa jemu. Perkara paling penting ialah NIAT . Jika niat kita betul dan ikhlas . In shaa Allah semuanya akan dipermudahkan lagi urusan oleh-Nya.

Doa ni dipetik dari Doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha. 


" Ya ALLAH, sampaikanlah salam rinduku kepada.... ( nama penuh orang yang kita rindu) 
sehingga menjadi kerinduannya.... Aminnn "


ataupun 

Ustaz Don Daniyal kata :

" Kalau rindukan seseorang, baca Al-Fatihah sambil tangan di dada.

Dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu
kita padanya "



Yang penting aku kata tadi NIAT kita tu. Apa-apa kita nak buat pun NIAT itu penting kan.
Selamat beramal :)

Salam sayang,
ZAHIYA







Thursday, May 9, 2013

Rahsia Lelaki !

Assalamualaikum.
Sebagai pembuka bicara kali ini . ihiks.

Meh2 kita rileks kan kepala dari buat assignment ke . kerja ke. apa pun ke kan. hehehe .
Malam terasa nak menaip pasal LELAKI . Why LELAKI ?
Sebab LELAKI ini kadang2 complicated  kaum hawa seperti aku ni terlalu faham terutamanya berkaitan dengan CINTA dan HIDUPNYA. 
Sebenarnya LELAKI ni cara hidup mereka ni simple . Diorang tak suka sangat benda yang remeh temeh ni . Cuba kalau perempuan, benda yang sekecil mana pun mesti ambil peduli kan .

Fakta atau auta ? hanya lelaki2 yang mampu menilai. 

1. Lelaki juga ada yang pembersih.
2. Lelaki benci GF dia kena ngorat .
3. Bila diorang ada kerja . Mesti kerja diutamakan.
4. Lelaki pun boleh menangis !
5. Kalau lelaki tu dah sayang kat seseorang , hanya perempuan tu je yang ada dalam hati dia.
6. Lelaki pun suka bergosip.
7. Perempuan adalah kelemahan lelaki.
8. Lelaki sangat terbuka tentang dirinya.
9. Ada lelaki yang tak suka perempuan gedik !
10. Jika seorang lelaki kata kamu cantik, lelaki itu suka anda.
11. Lelaki belajar dari pengalaman lepas, jadi jangan mainkan perasaan mereka.
12. Lelaki tidak benar-benar memilik kata putus.
13. Lelaki akan ingat benda yang mereka rasa penting sahaja.
14. Lelaki akan romantik bila berdua dengan pasangannya . Bila depan kawan malu katanya. 
15. Jangan memperendahkan mereka di depan lelaki lain.
16. Hargai mereka.
17. Mendengar bila dia sedang meluahkan perasaan.
18. Jangan cerita pasal EX BF korang ok. 
19. Lelaki akan memikirkan tentang orang yang dia sayang sebelum dia tidur . 
20. Lelaki sangat terbuka. 


Okay . done ! Setakat ni je yang aku boleh listkan . Tapi aku rasa ada banyak lagi ni yang kena tahu pasal LELAKI yang sangat misteri la jugak. 

Hehe . Terima kasih kerana sudi membaca .