Friday, February 15, 2013

PINK IS A SOFT COLOUR



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hello my friends . Aku takde kerja nak buat so I amik masa untuk update blog even pun just a simple post. 
I wanna show that I am very addicted with pink colour. Kalau boleh lah kan . Everything about pink I memang suka. Selain warna pink ada jugak warna lain like purple, black, red and turqoise. Tapi lagi addicted kat pink. 

Bestnya kalau ada bilik macam ni. Akan aku cuba realisasikan kalau ada bilik sendiri.



Then, kereta nie !!! wahhh .. comell sangat k...






Kat bawah ni baru sikit je yang warna pink. Yang lain2 disimpan :)



Lots of Love,
ZAHIYA

Wednesday, February 13, 2013

TANDA-TANDA SI DIA SUDAH BERUBAH HATI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

*sekadar gambar hiasan



Hai kawan2 ! Kali ni tajuk dia macam pasal CINTA. Tak habis2 Cinta kan . Al maklum la orang disini kan sedang bercinta . That is why la kalau nak taip pasal CINTA je mesti ada je idea . ihiks . Sebut pasal cinta ni la kan . Mesti semua pernah bercinta kan . Ada yang sampai ber'KAWAN' bertahun-tahun tapi terputus di tengah jalan . Sayangkan mcm tu. Tapi nak buat macam mane dah bukan jodoh . Rasanya aku dah lari tajuk.

Berbalik pada tajuk .. i write this topic because it cam from my experience and also others. And i harap ini boleh menjadi petunjuk kepada hubungan anda.

1. PERKARA YANG BIASA MENJADI TIDAK BIASA DILAKUKAN BERSAMA

  • tanda seperti ni mungkin senang kita nak tengok . Cuba you all imagine kan lah kalau perkara2 yang you all dah biasa buat dengan BF/GF korang tiba2 it is changed! oh My God. It is maybe have something happened to he/she. But aku nk nasihatkan supaya you all selidik dulu before tuduh something kalau you all taknak ape2 berlaku dengan relationship korang kan .
2. SELALU MENCARI ALASAN UNTUK BERJUMPA
  • ni pun boleh dijadikan tanda-tandanya . Hm bila nak jumpa je . Ada aje yang nak dielakkan. Katanya ada hal lah . Busy dengan assignment. Kalau kadang2 it is okayy BUT if dah selalu sangat bagi alasan yang sama kadang2 fed up jugak kan. Sabar je la. Kalau dah memang taknak jumpa cakap je terus terang. Kan senang.
3. JARANG MESEJ OR CALL
  • bila kita dah biasa mesej or call dengan dia , tiba2 everything is changed. Hmm ni pun kena jaga2 jugak sebabnya mungkin si dia sudah ada pengganti or sudah bosan. Banyak persoalan yang boleh dibuat. Its depends la atas orang tu kan .

Tak mau la listkan panjang2 . Setakat nie jer. And I think maybe kita boleh tahu dan sedar sejauhmana pasangan kita sudah berubah. Kita yang kenal mereka. So janganlah berikan 100% kepercayaan kepada sesiapa pun. Bercintalah dengan sederhana. Jangan biarkan keadaan yang kawal kita, biar kita yang mengawal keadaan. Ingat tu :)


Lots of Love,
ZAHIAH

Wednesday, February 6, 2013

CEMBURU BUTA !



Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)


Cemburu ? Hm semua orang mesti ada sifat yang cemburu sesama sendiri . Walaupun kita ditegah untuk mencemburui orang . Tapi itulah sifat manusia yang tidak dapat dielakkan . 

CEMBURU ini sering dikatkan dengan hubungan percintaan . Bila bercinta of course la kan our partner mesti ada rasa cemburu . Tak kisah lah sikit or banyak. Tapi kalau cemburu tahap gaban tu memang tak boleh nak tulun la kan . Maybe some people yang suka sangat cemburu buta ni sebab they love their partner very much . But for me, Tak payah lah nak cemburu buta sangat sampai nak bercakap dengan orang yang berlainan jantina pun tak boleh . Even pun pasal kerja . ANNOYING okay ! eiiiiuuuuuwwwww ... Please okay ..



For me, Kalau la dapat pasangan yang cemburu buta sangat sampai tak nampak apa2 . Better leave it the people like that. Belum kahwin dah cemburu gila. apatah lagi kahwin nanti . Mesti korang akan dikongkong dengan lebih dahsyat lagi. Macam Tsunami nanti baru you all tahu .

Yes , memang betul if kita jealous kita sayang kan seseorang . Tapi kalau sayang sampai kau dah naik tangan  tak payah lah wei . Hentikanlah . Sampai adakan yang sanggup nak bunuh2 la . Apa la.

So I would like to remind you supaya hati-hati dengan pasangan anda yang cemburu buta ni . Takut nanti korang yang akan rimas, lemas and so own . 



Lots of Love,
ZAHIYA

Monday, February 4, 2013

DOA PELEMBUT HATI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

This time I would like to share something that I think is important too . It can helps us to be more peaceful. Apa yang aku share ni aku dh buat sikit research la kan . Yela kan before kita nak share something yang berkaitan keagamaan ni kita kenalah buat sedikit research supaya ianya tidak lari dari landasan agama itu sendiri . 

This Surah is good for us to amalkan sebab ianya untuk melembutkan hati dan juga pendinding diri . 

  1. Surah Al-Fatihah 



Maksudnya :
(1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan ( hari akhirat )
(5) Engkaulah sahaja ( Ya Allah ) Yang Kami Sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan .
(6) Tunjukkilah kami jalan yang lurus
(7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula  (jalan) orang-orang yang sesat . 



2. Surah Al-Hasyr (ayat 21)


Maksudnya : " Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. "



3. Surah Taha ( ayat 1-5 )



Maksudnya:
(1) Taha
(2) Kami menurunkan Al-Qur'an ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah 
(3) melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut ( kepada Allah )
(4) diturunkan dari (Allah) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi
(5) (iaitu) Yang Maha Pengasih, yang bersemayam di atas 'Arsy.


4. Kemudian berdoa :

" Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau melembutkan bagi Daud akan besi "

Boleh dibaca lalu ditiup pada ubun-ubun, atau dibaca pada air dan diberi minum, atau dibacakan dengan tangan kanan diletakkan pada hujung jantung.


Aku juga manusia biasa yang masih dalam proses pembelajaran . Semoga apa yang aku kongsikan ini memberikan manfaat yang berguna kepada kita semua. Dan semoga Allah melembutkan hati umatNya. Kita hanya mampu berdoa dan bertawakal. Yang lain hanya mampu berserah kepada Allah. Wallahu'alam. 


Lots of Love,
ZAHIYA