Tuesday, July 3, 2012

ADAKAH SI DIA MENCINTAI KAMU ?


Mesti ada yang tertanya-tanya adakah si dia mencintai kita ... sini aku nak berkongsi bagaimana kita nak mengetahui sama ada si dia ikhlas dengan kita .

(1) Orang yang mencintai kamu tidak akan mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu . Yang si dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu .

(2) Orang yang mencintai kamu akan menerima kamu apa adanya . Baginya kamu adalah yang TERCANTIK walaupun kamu merasakan berat badan kamu telah naik . ( like me :D)

(3) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu apa yang kamu lalui sepanjang hari ini .

(4) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'SELAMAT PAGI' , 'GOODNIGHT' , 'TAKE CARE' dan lain2 lagi , walaupun kamu tidak membalas SMSnya , kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya .

(5) Orang yang mencintai kamu akan mengingati setiap kejadian yang dilalui bersama kamu ,kerana baginya saat itu sangat berharga . dan saat itu pasti matanya berkaca kerana bersamamu itu tidak boleh berulang selalu .










No comments: