Thursday, November 29, 2012

FINAL EXAM

Assalamualaikum semua :)

Hari ni rajin pulak nak mengupdate kan blog ni .
Baru je lepas study subjek PEMBANGUNAN DIRI .
Baru habis satu bab . Ada lagi 3 bab yang perlu dibaca . Takpe slow2  baca lame2 habis la .

Kali ni aku study untuk final exam sem 1 lebih awal . Nak tau sebab apa ??
Sebab-sebabnya ialah :-
1. Taknak study last minute
2. Taknak nanti ada topik yang tak sempat nak baca @ kuasai .
3. Sekarang ni bukan sekolah lagi nak main2.
4. Nak tebus kesilapan aku time Mid Exam ari tu ,
5. Nak buktikan yg aku BOLEH !!
6. Study awal lagi baik dari study last minute . ( yela kot )

Sebab-sebab tu lah aku nak study dari sekarang .
Jadikan Kesilapan kita yang Dahulu Sebagai Semangat untuk Kita BerUSAHA pada masa kini dan hadapan
Aku taknak sia2kan dah peluang yang ada .
Walaupun lagi sebulan nak exam . Tak salah pun kan nak study awal .
Takde la nanti kelam kabut aku nak faham tu , nak faham ni . Lagi pening dibuatnya .

FINAL EXAM SEMESTER 1 bermula pada 3 JANUARI 2013.
03/01/13- PENGANTAR PSIKOLOGI
04/01/13- PEMBANGUNAN DIRI
09/01/13-IT FOR SCIENCE SOCIAL
15/01/13-KETRAMPILAN BERBAHASA DAN KOMUNIKASI
16/01/13-SISTEM DAN TEORI PSIKOLOGI
17/01/13-PERSONALITI

Harapan taknak terlalu tinggi dan taknak terlalu rendah .
kalau paling rendah 3.0-3.5
Kalau paling tinggi pun 3.6-4.0

Amin !!
Jom sambung study sambil berassignment .


Lots of Love .
ZAHIYA


Saturday, November 24, 2012

Bulan Kelahiran

Assalamualaikum .

Kali ni nak mengUPDATE pasal diri aku mengikut bulan kelahiran .
Setelah aku baca berdasarkan kajian Dr Fadzilah Kamsah hampir kesemuanya ciri-ciri yang
ada tu memang diri aku ..

Sangat suka didamping (mestilah ! )
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki ( tepat ! )
Ada harga diri dan maruah ( of course la kan ..)
Tak suka menyusahkan org lain tetapi tidak marah apabila disusahkan ( sangat betul ! )
Mudah dipujuk dan bercakap lurus ( selalu pujuk hati sendiri .)
Sangat menjaga hati orang lain ( itu sudah semestinya )
Sangat peramah ( suka bercerita pasal apa2 pun aku ni )
Emosi sangat mendalam dan hati mudah terluka ( yup . betul .... )
Berjiwa sentimental ( memang lah . senang nangis )
Jarang berdendam ( betul2 )
Tidak suka benda yang remeh-temeh ( tgk situasi )
Membimbing cara fizikal dan mental ( hm ntah la )
Sangat peka, terlalu mengambil berat dan mengasihi serta penyayang ( tepat !!  )
Sangat suka kanak-kanak ( suka kacau diorang )
Tinggi daya simpati ( tak boleh tengok org susah )
Pemerhatian yang tajam ( maybe .... )
Mudah dan rajin belajar ( time nak exam je .. hehe )
Suka duduk di rumah ( bolehlaa )
Rajin dalam membuat kerja ( betul ! tak suka duduk2 saja )
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan ( betul la kot .)
Lemah dari segi kesihatan perut ( agak la )
Mudah gemuk kalau tidak kawal diet ( maybe ..)
Minta disayangi ( of course !! wajib )
Mudah terluka hati tapi lambat pulih ( tepat 100%)


 ni je la yang dapat aku kongsikan serba sikit pasal aku .
Aku hanyalah seorang manusia .


Lots of Love ,
ZAHIYA

Saturday, November 17, 2012

setelah sekian aku menyepi

ASSALAMUALAIKUM Semua .

dah lama rsenya tak mengupdate blog nie ... dah bersawang dh ...
nmpak kusam .. xde ceria ... aku kena modified balik blog ni sbb mcm serabut je aku tgk ..
blog skng kan dh berwajah baru ... tu yg susah sikit ...

kali ni aku nak berkongsi tentang pengalaman aku sejak ada kat UKM.

FIRST :

happy sangat sebab dapat jadi sebahagian daripada warga UKM.

rase macam sekejap je aku kat UKM .. tup tup nak habis utk semester 1 ni .
cepat mase berlalu tanpa kita sedar kan .


SECOND :


Zahiya masuk kelab tarian tau kat Kolej Tun Hussien Onn..
Dah lame tak menari .. tu yg join tu ...

And one day , kteorg masuk competition tau ..
persaingan mmg sengit belaka...
dekat belakang pentas tu betapa kteorg nervous yang tak terkata la...
bila sampai giliran kteorg Alhamdulillah we do our best ..

AND yang the most excited sekali ..
kiteorg MENANG !!!
sungguh tak disangka ... mmg Grand habis la kan bila kteorg menang .
setelah sebulan berlatih dibalas dengan kemenangan . AMIN !!!


setakat ni jer gambar yang aku ada . yang lain tak amik lagi .
the SWEET MOMENT :)


THIRD :

Mid exam !
Aku rase teruk sangat exam aku .
Paper2 dia sangat SENANG !
ok fine .. lepas ni aku berazam nak buat yang lg baik .
FINAL here I come .
I will prove that I can get a better mark than before ..
Insya-Allah . Semoga segala usaha aku akan mendtgkan hasil .

Last but Not Least . Aku happy sejak bergelar pelajar UKM...
Aku akan pastikan yang aku akan menggenggam segulung ijazah 3 tahun lagi .
AMINNNN !!


Lots Of Love,
ZAHIYA


Wednesday, August 1, 2012

BAKAL IMAMKU

Seperti yang semua tahu ALLAH sudah menetapkan jodoh buat kita sejak berusia 4 bulan semasa kita dalm perut ibu lagi . Kita sebagai umatNYA haruslah berusaha dlm mencari jodoh yang sesuai buat kita .
itu sedikit intro zahiya bagi .. :) 
okay sekarang zahiya nak berkongsi sedikit tntng hati dan perasaan zahiya :D

Setiap orang mestilah mengimpikan seseorng yang boleh menjadi teman hidup semati kita .
zahiya pun mcm tu jgk . Tipu la kalau xde yang nak . 
sebab ALLAH bg kita hati dan perasaan ...
Kita boleh mencari jodoh buat kita tetapi belum tentu jodoh yang kita cari tu adalah jodoh kita yang sebenar yang membawa kita ke syurga . 
Kita sebagai umat islam mestilah BERDOA , BERTAWAKAL , dan BERSERAH kepada ALLAH . 
Sbb Dia ada perancangan yang lebih baik untuk kita . 

BUAT BAKAL IMAMKU . 

Saya akan cuba untuk menjadi seorang isteri yang taat kepada suaminya . 
Saya akan berusaha untuk membahagiakan awak .
Saya akan sentiasa ada di samping awak bila awak susah dan senang . 
Saya sudi memberi bahu saya untuk awak lepaskan keluhan awak .
Segalanya saya akan buat untuk awak .
Impian saya hanya satu untuk menjadi makmum awak . 
Semoga hubungan kita akan diberkati ALLAH . 
Amin !!

 

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA  :')
semoga ALLAH memberkati kita . 




Tuesday, July 31, 2012

KENANGAN BERSAMA A4T4 ( PART 1 )


Malam ni malam terakhir untuk bulan JULAI 2012 . Genap la jugak 10 hari kita berpuasa . Korang puasa cukup tak ni ? hihi ... Harap2 cukup ... Bagi yg perempuan boleh dikecualikan kalau ada sebab2 tertentu .. hihi ... okay2 .. tak nak la bercerita panjang lebar ... zahiya nak start story pasal A4T4 . tu name kelas time kat matrik perlis dulu ..  

Kalau korang nak tau kan masa mula2 dulu zahiya masuk kelas tu mcm skema je budak2 die .. hehe ... ( korang jgn marah ) .. serius ... zahiya rase mcm tah la .. hehe ... tak dpt nak gambarkan mcm mne perasaan time tu ... biase la kan ... time tu xde geng lg ... 

okay ... skng ni zahiya nak cerita sikit pasal aktivit kteorg .. first ! JAMUAN RAYA . tu la aktiviti kedua kteorg bersama .. before tu ada jugak time BERBUKA PUASA sama2 .. mmg meriah la jgk kan .. ( tak byk gambar sgt sbb semua mcm malu2 je nak tngkp gmr ) hihi yeke ???















will be continue :) :) 

Monday, July 30, 2012

TEST SAMA ADA ANDA MENGGUNAKAN OTAK KIRI ATAU OTAK KANAN .



Hai korang :) today zahiya nak berkongsi sedikit info tentang OTAK kita . 
Mesti ada yang nak tahu kan kita lebih menggunakan otak kanan atau kiri ..
JENG JENG JENG .. hehehe ... sje buat gimik sikit ...

TEST 1 


Genggam kedua2 tangan anda seperti gambar diatas . ( dah ikut tak mcm tu ? ) .
Lepas tu kita tengok kedudukan ibu jari . 
Jika ibu jari kiri berada di bawah ibu jari tangan kanan ertinya OTAK KIRI .
Jika ibu jari tangan kanan berada di bwh ibu jari tgn kiri ertinya OTAK KANAN . 
Kalau test ni zahiya guna OTAK KANAN . 

Ni pulak TEST 2 


Cuba tengok gambar kat atas ni . Cer korang buat tangan mcm kat ats .
ok dh buat kan ?? SO  .....
Jika lengan kanan anda tepat di atas lengan kiri ertinya OTAK KIRI .
Jika lengan kiri anda tepat di atas lengan kanan ertinya OTAK KANAN . 
test ni zahiya OTAK KANAN .




MARI KITA LIHAT HASIL DARI TEST NI .



KANAN + KIRI ( seimbang cenderung kanan )
Sangat perhatian , konvensional , berbelit-belit , cepat akrab dengan orang lain , waspada , pengalah , stabil .
KANAN + KANAN ( Dominan otak kanan )
Suka tantangan dan bersikap apa adanya , cepat bertindak , imaginasinya kuat , selalu ingin tahu , ceroboh dan nekad , jarang mendengarkan pendapat . 
KIRI + KIRI ( dominan otak kiri )
berdedikasi , perfectionist , selalu merasa benar , boleh dipercaya , memiliki banyak hal yang membanggakan .
KIRI + KANAN ( Seimbang cenderung kiri )
berbakat menjadi pemimpin , pandai berbicara , perhatian , tenang , bertanggungjawab , selalu berhati2 dalam penampilan . 


OTAK KANAN ??

Otak yang mampu memuatkan sesuatu ingatan secara image/ gambaran . 
Maksudnya otak kanan lebih lama daya ingatnya berbanding otak kiri . 

FUNGSI OTAK KANAN ??

Pilihan/Teka teki 
Global 
Gambar 
Warna 
Spontan 
Emosi 



OTAK KIRI ???

Otak yang memiliki daya ingatan yang rendah / singkat . 
Memuatkan ingatan yang logik .

FUNGSI OTAK KIRI ??

deskriptif
detail
huruf 
simbol 
kata 
teratur 
logik 
rasional 



So selamat mencuba . Meh kita tengok samada kita menggunakan OTAK KIRI atau OTAK KANAN .