Tuesday, November 28, 2017

TIPS WAJIB TAHU UNTUK HIRE PHOTOGRAPHER

Assalamualaikum and hi everyone. Hope everyone is fine. Harini fefeeling nak share tips2 nak cari photographer.

Memandangkan ada yang confuse kan nak cari photographer mana yang berbaloi dan tak rugi. Yang penting gambar cantik dan album siap dlm masa yang ditetapkan. Taknak la bayar mahal2 tapi gambar tak cantik. Nanti tak puas hati pulak kan. Korang jugak yang menyesal tak sudah. So i nak share tips la.



First thing first, perkara yang korang kena buat adalah usha dulu hasil2 kerja photographer yang korang bakal hire tu. So kalau hasil kerja dia tu memuaskan dan memenuhi citarasa korang. Apa lagi contact je terus, so that korang boleh tanya macam2. Tanya je sampai korang berpuas hati ok. 


Lepas tinjau artworks dan sekiranya korang berminat, langkah seterusnya adalah go through semua feedback dan komen-komen pelanggan mereka sebelum ini.

Kalau korang kenal salah seorang pelanggan diorang, lebih baik korang bertanya sendiri dengan pelanggan diorang . Ingat, gambar yang cantik tak semestinya menjanjikan perjalanan mendapatkan album yang ‘cantik’ juga ya.



Gambar cantik. Feedback pun bagus. Jadi korang pun dah boleh mula melihat pakej yang ditawarkan. Adakah ia bersesuaian dengan bajet koang atau pun tak. Kalau korang ragu-ragu dengan pakej yang dikenakan agak mahal, bandingkan dengan pakej fotografer yang lain. Bandingkan harga dan barang yang korang akan dapat melalui pakej tersebut. Bagi i, tips memilih photographer untuk majlis perkahwinan, ini yang paling penting.



Fahamkan betul-betul pakej yang ditawarkan. Album saiz berapa, poster frame saiz berapa. Gambar pula berapa keping. Sebarang kemusykilan terus saja tanya kepada fotografer. I yakin tak akan ada fotografer pun yang akan faham sekiranya anda kurang jelas.


Bayangkan sekiranya majlis di Terengganu tetapi fotografer pula berada di Kuala Lumpur. Korang perlu membayar lebih dari segi kos perjalanan dan penginapan. Selalunya pakej yang ditawarkan tidak termasuk dua benda ni.

Jadi kalau boleh cari fotografer yang sememangnya base berdekatan dengan majlis korang. Tapi kalau sanggup bayar lebih apa salahnya kan? Cuma, bila bab penginapan tu kenalah juga fikirkan. Jangan pula kononnya paksa fotografer tidur rumah pengantin sekali. Be professional!



Rakyat marhaen tak akan faham apa itu photobook, custom album, mockup album, mockup sticky album dan banyak lagi lah.

Jadi sebelum nak deal apa-apa, moleklah kiranya si pasangan pengantin turun dan berjumpa dengan fotografer itu sendiri. Lihat jenis album yang ditawarkan.

Yelah, kadang-kadang saiz album ni tengok angka macam besar, bila dapat hhmm besar A4 pun tak sampai. So, jadilah pasangan pengantin yang bijak.



Sebagai pelanggan yang ingin menggunakan khidmat seorang fotografer, u olls WAJIB menerangkan tentatif penuh majlis kepada fotografer tersebut awal-awal. Beritahu photographer korang details tempat (dewan atau rumah), exact time nikah, sanding, malam berinai dan sebagainya.

Jangan nanti elok-elok fotografer ingatkan nikah saja, tiba-tiba ada malam berinai sekali. Dapat fotografer yang berhati perut untunglah. Tapi dapat yang memang strict pandai-pandailah suruh anak buah ambil pakai phone sendiri.



Kalau jenis majlis yang besar tu ala-ala Wedding of The Year seelok-eloknya ambil lah lebih daripada seorang fotografer. Ketahuilah sememangnya tak akan terdaya seorang fotografer untuk cover seluruh majlis seorang diri.

Jadi, kalau majlis korang besar, i sarankan kan u olls cari fotografer yang mempunyai team sendiri. Lihat pakej dan pandai-pandailah berunding tentang harga dengan mereka.



Sebagai pengantin, u olls perlu jelas dengan cara bayaran bermula dari deposit sehinggalah selesai semasa mengambil gambar dan album. Deal betul-betul dengan fotografer, berapa kali bayaran perlu dibuat.

Make sure korang terima resit supaya korang sendiri sedia maklum berapa bayaran yang sudah dibuat dan baki yang tinggal.




Mungkin tak semua fotografer buat benda macam ni. Tapi i olls nak ingatkan supaya ada ‘hitam putih’ semasa korang menggunakan khidmat mereka.

Ini bukan saja memudahkan kerja korang pd masa depan dan memudahkan kerja fotografer. Tak kisahlah kalau fotografer tu kawan baik korang sendiri ke apa, zaman sekarang ‘hitam putih’ ni memang penting. 

Semoga tips memilih photographer untuk majlis perkahwinan ni bermanfaat ye.

Last but not least i olls mohon please share this post and jangan lupa follow page fb 


Instagram : SyafiqLatif.Co

Pakej2 yang ditawarkan pun berbaloi baloi dengan hasil dia. 
Tak percaya follow la page and ig dia. 











No comments: